Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh..........Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh

08 November 2008

LAPIS ROTI BERDAGING

Photobucket

Tetiba je tekak ku rasa nak makan makanan ala-ala org putih tapi di ubahsuai supaya kena dgn tekak melayu aku...cari punya cari jumpa la aku dgn resepi yang memang yummy..yummy dari umi_e di my resepi. Dah 2X buat..ayah Umar suka bangat...sampai breakfast,lunch & dinner pun dia layan ni je...


Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)
  • Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara

  1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
  2. Pukul susu, telor dan secubit garam hingga sebati
  3. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
  4. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
  5. Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  6. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  7. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  8. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  9. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
  10. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  11. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos

03 November 2008

ASAM PEDAS AYAM

Photobucket

Hari ni tah kenapa aku terasa sangat nak makan asam pedas ayam yang di masak dengan terung belanda @ terung pipit @ rimbang..actually tak pernah pun aku makan sebelum ni..tah mana datang idea nak rencahkan dgn terung ni aku pun tak tau..yang pasti rasanya memang mengancam..makan plak dgn nasi baru masak...comfirm bertambah...sodap wa cakap....resepinya aku main campak je..nanti kena buat lagi & ambil sukatan la jawabnya...

DAGING GORENG KUNYIT


This is very the simple menu bila tiba time malas tahap ular sawa kenyang ( bak kata mak aku )...tapi aku memang suka makan daging goreng nak pula bila di panaskan beberapa hari lagi la rangup rasanya...kena pula dengan nasi panas and kicap manis kipas udang mahu 2 pinggan aku makan...sempoi tak ingat ...

Bahan-bahannya;

  • Daging lembu - 1/2 kilo
  • Garam & Kunyit - secukup rasa la
  • Halia - 1 inci ( di hiris nipis )
  • Bawang besar - 1 labu ( di hiris )
  • Cili merah - 2 biji ( di belah @ di hiris pun boleh )
  • Minyak masak - 3 sudu makan

Cara-caranya,

  1. Gorengkan daging yang telah di gaulkan dengan garam dan kunyit sampai kering air daging.
  2. Kemudian masukkan halia,bawang dan cili..kacau sampai layu...
  3. Siap untuk di makan....senang betulkan...

SUP AYAM

Photobucket
Nie la makanan kegemaran Umar sejak semenjak dan 2 menjak ni...ari tu aku risau sangat Umar tak suka makan tapi sekarang tak lagi...Umar memang selera sangat kalau makan nasi dgn sup ayam...nak buatpun mudah je...

Bahan-bahannya;

  • Ayam - 1/4 ekor ( apa-apa bahagian & brapa banyak terpulang pada saiz keluarga )
  • Kentang - 2 biji
  • Carrot - 1 batang
  • Kulit Kayu Manis - 1 btg
  • Bunga Cengkih - 3 kuntum
  • Bunga lawang - 1 kuntum
  • Buah pelaga - 3 biji
  • Halia - 1 inci ( di ketuk @ di hiris )
  • Bawang merah - 2 ulas ( di mayang )
  • Bawang putih - 1 ulas ( di ketuk )
  • Air - 5 cawan ( kalau nak banyak kuah boleh tambah lagi )
  • Garam secukup rasa
  • Daun Sup & Bawang goreng ( untuk hiasan )
Cara-caranya;

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali kentang & carrot dan masak sampai ayam dah agak-agak empuk...barulah masukkan kentang dan carrot..masak lagi sampai semuanya betul2 empuk..jangan lupa masukkan garam secukup rasa...
  2. Masukkan juga daun sup dan bawang goreng untuk menambah aroma dan hiasan.
  3. Siap untuk di makan...

29 October 2008

SARDINE ROLL CRISPY

Sardine Roll

Sedap juga pekena sardine roll ni.. masa minum kopi waktu petang..

26 October 2008

NASI DAGING

Photobucket

Inilah dia menu utama yang aku sediakan untuk adik-adik & kakak-kakakku yang datang raya kat rumah last week selain dari nasi impit kuah kacang,bihun sup tulang,dalca,lemang,rendang daging,ayam masak merah,jelatah dan kuih-kuih raya....resepinya mudah je aku modified dari resipi Wa Jah...

Bahan-bahannya,

  • Beras ( 5 cawan teh )
  • Daging ( 1/2 kilo di potong besar )
  • Air rebusan daging ( 5 cawan teh )
  • Planta ( 2 sudu makan ) - untuk menumis
  • Bunga lawang ( 2 kuntum ) - untuk menumis
  • Bunga cengkih ( 3 kuntum ) - untuk menumis
  • Kulit kayu manis ( 1 batang ) - untuk menumis
  • Buah pelaga ( 3 biji ) - untuk menumis
  • Rempah kurma ( 5 sudu makan - 2 sudu masuk dlm rebusan daging & 3 sudu utk menumis )
  • Sup Bunjut ( 1 bungkus )
  • Susu Cair ( 1cawan teh
  • Tomato puree ( 1 sudu makan )
  • Daun Pandan ( 2 helai di simpul )
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya;

  • Rebus daging dengan 2 sudu rempah kurma & sup bunjut sampai empuk..jgn lupa letak garam.
  • Tumis bahan tumis sampai naik bau dgn daun pandan sekali, setelah itu masukkan tomato puree dan kacau sampai pecah minyak sikit ,masukkan air rebusan daging dgn daging sekali,susu cair,garam,gula secukup rasa dan biarkan sampai mendidih.
  • Bila rasa dah lulus ,masukkan pula beras yang telah dibersihkan dan di toskan. Kacau sebentar dan pindahkan ke periuk nasi elektrik. Biarkan sampai masak.

Setelah nasi masak boleh lah di hidangkan dgn air asam tomato ,sebelum tu ambil daging tadi dan hiris nipis-nipis,maka boleh lah kita menjamu selera...kalau nak best lagi makan dgn Dalca & jelatah timun..confirm terangkat..

21 October 2008

RENDANG DAGING

Photobucket

Rendang daging ni terhasil dek janji aku dgn bespren aku Asmidar nak jamu dia makan ketupat palas hasil air tangan aku tapi malangnya aku tak sempat buat dan jamu dia makan pada waktu yang di janjikan...apa-apapun malam tu aku tetap bertungkus lumus hasilkan nya supaya Asmidar tak kempunan dan pencicahnya inilah dia " Rendang Daging "...alhamdulilah berjaya juga aku buat dan dapat hantar kepada Asmidar untuk rasa ketupatku cicah dengan rendang daging ni..


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa

Bahan-Bahan di kisar

  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering

Bahan-Bahan di mayang

  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara membuatnya

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.

    Perhatian : Pastikan anda memasak dengan api perlahan

NASI IMPIT & KUAH KACANG

Photobucket


Inilah juadah kegemaranku di dalam bulan syawal..

14 October 2008

MURTABAK SEGERA

Photobucket

Semenjak berjaya mencuba resepi ini sejak kali pertama..sehingga kini aku sudah berpaling dari membeli murtabak di luar..(resepi dari minami133 ..arigato for the resepi ....memang mabeles)

Bahan-bahannya ( 6 keping )


  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur


Cara-caranya ;

  1. Mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. Apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. Pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

12 October 2008

LEPAT LIAT




Lepat liat, satu lagi kuih tradisional yang semakin dilupakan...dah tak ramai orang yang pandai buat dan tahu kuih ni sebab jarang ada di jual di pasar malam...aku suka sangat makan coz rasa dia ala-ala dodol..sedap sangat tapi yang Tok aku buat la...dikesempatan balik raya hari tu, aku sempat berguru dengan Tok...actually nak buat dia tak la susah mana dan tahan berhari-hari...akan ku simpan resepi ni untuk generasi akan datang supaya nama lepat liat tak lekang dek hujan dan tak lapuk dek panas...

KETUPAT DAUN PALAS

Photobucket



Hari ini dalam sejarah apabila untuk julung kalinya aku berjaya buat ketupat daun palas yang menjadi hidangan wajib di hari raya kat kampungku...dah berkali-kali aku belajar dari mak sebelum ni tapi tak pernah menjadi ( belajar separuh hati )...tapi kali ni aku berjaya buat ketupat palas..bukan sekilo dua beras tapi 3 kilo...mak macam tak percaya je...aku pun tak percaya juga yang aku dah lulus buat ketupat...Ini mungkin sebab aku begitu bersungguh-sungguh mencuba...bak kata pepatah " Usaha Tangga Kejayaan " Yes! aku berjaya...syok nya...tengok la hasik kerja tangan aku...

27 September 2008

ALMOND LONDON

Photobucket



Alhamdulillah aku berjaya ber"Almond London" raya tahun ni ,nampaknya ia bakal menjadi kuih raya wajib setiap tahun mendatang....(resepi dari Mat gebu.. thanks for ur wonderful recipe)

Bahan Utama:-

  • 125 g mentega
  • 75 g gula aising
  • 1 kuning telur
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 225 g tepung gandum*
  • 1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
  • 335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel

    Bahan Lain:-
  • 300 g coklat masakkan
  • 1/2 camca besar lemak sayur
  • Gula hiasan (resepi asalnya badam dicincang)
  • Paper cup saiz kecil secukupnya

    Cara membuatnya:-
  1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
  4. Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit gula hiasan dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti.

26 September 2008

Salam Aidilfitri

Salam buat semua kawan-kawan yang sudi menjengah rumahku....di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ' Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin ' Semoga kita akan bergembira di hari kemenangan ini...Apapun pada yang pulang ke kampung Pandu Cermat Jiwa Selamat & Ingat orang tersayang...

Kepada kawan - kawan dan sesiapa saja yang tersinggah ke rumah ku ini....sudi-sudikan lah ambil kad raya ni.....

24 September 2008

Kad Raya Dari Embun

Terima kasih Embun...sudi bagi kat raya kat kita...

23 September 2008

CEKODOK IKAN BILIS


Sajian paling simple untuk buka puasa tapi menjadi kegemaran my hubby...sedap dan berkhasiat...cekodok bilis yang biasa tapi aku tambah sayur-sayuran macam carrot,kobis,daun sup and bawang untuk memeriahkan lagi rasanya..dijamin enak..cuba la


22 September 2008

Mawar Putih Dr Embun Menitik


Mawar ni pemberian Embun Menitik...terima kasih la coz sudi menjengah rumah chek...past tu siap bagi mawar putih yang cun ni lagi...sukanya hatiku...

21 September 2008

AGAR-AGAR KASTARD

Agar2 kastard nie aku minta resepi dari Teh Piah...ari tu aku makan masa Teh buat kat rumah Tok sedap sangat...nak buat pun mudah dan rasa memang yummy....apa tak nya buat 1 pek agar-agar sekali makan je dah abis... aku , hubby and Umar ngap....

Bahan-Bahan:
  • 1 pack agar-agar
  • 6 cawan air ( untuk masak agar - agar )
  • 12 sudu makan gula
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu teh pewarna merah )
  • 1 sudu teh pewarna hijau ) untuk hiasan
  • sedikit coklat cair )

Cara-caranya :

  1. Masak agar-agar bersama gula sampai mendidih dan semuanya larut
  2. Masukkan tepung kastard , kuning telur dan susu cair dalam agar-agar tadi....kacau selama 5 minit hingga mendidih.
  3. Setelah mendidih matikan api dan tuang ke dalam loyang... setelah itu percikkan pewarna ikut kreativiti sendiri.
  4. Biarkan sejuk dan sedia untuk di makan




20 September 2008

MARUKU KASEH


Kwang...kwang..kwang...percubaan pertama aku buat maruku berjaya...alhamdulillah...tahun ni tak perlu la beli lagi atau tak payah la suruh Wa Jah buat lebih-lebih untuk aku tapaw...aku dah hubby dah pandai buat sendiri...maruku memang menjadi kudapan kegemaran semua dalam family dan tetamu yang datang raya...normally every year Wa Jah yang buat tapi memandangkan tahun ni aku raya kat KL,makanya terpaksa la aku dapatkan resepi dari Wa Jah dan cuba buat sendiri...percubaan pertama berjaya tapi rasa macam tak sempat sampai raya je..maruku ku dah tinggal sikit...tak pa kita buat lagi....

18 September 2008

NASI AYAM BERMADU KASEH

Nasi Ayam

17 September 2008

POPIA GORENG SEMPOI



Bahan - Bahan ;

Kulit Popia ( untuk membalut )
Minyak masak - untuk menggoreng


Bahan Inti;

Mixed Vegetable
Udang Hidup - dicincang
Telur ayam - 2 biji
Bawang besar - 1 labu ( dicincang )
Minyak masak - 2 sudu besar
Garam & serbuk pati ayam secukup rasa

Cara-Cara Membuatnya;

Tumiskan bawang sampai layu...past tu masukkan mixed vege dgn sedikit air , udang ,telur , garam , serbuk pati ayam dan kacau hingga semuanya sebati dan masak.
Ambil kulit popia - masukkan inti dlm 1 sudu besar dan balut dgn kemas.
Setelah siap dibalut - Goreng popia hingga kekuningan.
Popia yang telah siap di goreng bolehlah dimakan bersama sos cili...sedap.....

16 September 2008

AYAM MASAK MERAH

Photobucket

Ayam masak merah nie aku masak untuk gu dengan nasi tomato..aku buat khas untuk buka puasa kat rumah mertua...alhamdulillah ia menjadi dengan secukup rasa walaupun di masak di bulan posa...aku post kat blog ni bukan apa cuma nak menyenangkan aku bila nak masak lagi next time...tak payah la buka semua buku resipi...

Bahan-bahannya;

  • Ayam ( 1/2 ekor ) - dicuci bersih dan digoreng tak terlalu garing
  • Cili kering ( 15 - 20 biji ) - dikisar ( kalau nak pedas + lagi dan sebaliknya )
  • Halia ( 1 inci ) - di kisar bersama dgn cili kering
  • Bawang besar - 1 labu - di kisar
  • Bawang putuih - 2 ulas - dikisar
  • Bunga cengkih - 3 kuntum
  • Bunga Lawang - 2 kuntum
  • Kulit kayu manis - 1 batang
  • Buah Pelaga - 3 biji
  • Susu Cair - 1/2 cawan teh
  • Tomato sos or Puree - 4 sudu makan
  • Air - 1 cawan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak

    Cara memasak ;

    1) Panaskan minyak dan tumis ( Bunga lawang,bunga cengkih,kulit kayu manis & buah pelaga ) sampai naik bau.
    2) Masukkan cili kering yang telah dikisar bersama semua bahan kisar hingga pecah minyak
    3) Masukkan tomato puree , susu cair , ayam yang telah di goreng 1/2 masak & air - kacau bagi sebati dan biarkan sampai mendidih
    4) Masukkan garam dan gula secukup rasa - biarkan sampai kuah pekat sikit dan tutup api
  • DAGING MASAK HITAM

    Daging masak hitam ni memang menjadi kegemaran aku sekeluarga...cukup lazat kalau di panaskan beberapa hari...meresap semua rempah dalam daging...nak buat diapun mudah aje.

    Bahan-bahannya;

    • Daging lembu - 1/2 kilo ( di perap 2-3 jam dgn bahan perap )

    Bahan Perap;

    • Serbuk kari daging - 1 bungkus kecil ( cap Adabi )
    • Sos Cili - 4 sudu besar
    • Kicap Manis - 6 sudu besar ( Kipas Udang )
    • Kicap Pekat - 3 sudu besar
    • Buah keras - 1 biji
    • Halia - 1 inci ( dikisar )
    • Serai - 4 batang ( dikisar )
    • Bawang besar - 2 labu ( dikisar )

    Bahan Tumis;

    • Bunga lawang - 1 kuntum
    • Bunga cengkih - 3 kuntum
    • Kulit kayu manis - 1 batang
    • Buah Pelaga - 4 biji

    Cara-cara membuatnya:

    1) Panaskan minyak dan tumis ( Bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga & kulit kayu manis ) sehingga naik bau.

    2) Masukkan daging yang telah diperap bersama buah keras dan biarkan sehingga masak.

    Nota ;

    -Jika nak lebih pedas - boleh + serbuk kari

    - Jika kurang hitam @ manis @ masin - boleh + kicap ( tapi pastikan rasanya tak terlebih masin @ manis pulak )



    NASI TOMATO


    DALCA DAGING

    Dalca Daging ni juga untuk gu dengan nasi tomato atau enak juga kalau di makan dengan roti Arab. Masak dalca ni memang mudah kalau ikut resepi mak aku.

    Bahan-bahannya;

    • Daging lembu ( aku beli RM 3 je )
    • Kacang Dal - Segengam ( di rendam hingga kembang )
    • Serbuk kari daging - 1 bungkus kecil ( Cap Adabi -harga 7 kupang )
    • ( Serbuk kari ni dikisar dengan 1 ulas bawang putih,2 ulas bawang merah)
    • Terung - 1 biji ( yang besar )
    • Kacang buncis - 10 batang
    • Carrot - 1 batang
    • Tomato - 2 biji ( yang separuh masak & di potong 6 )
    • Santan - 1 cawan santan cair
    • Pati Santan - 1/3 cawan
    • Air - 3 cawan

    Bahan Tumis;

    • Bunga lawang - 1 kuntum
    • Bunga cengkih - 3 kuntum
    • Kulit kayu manis - 1 batang
    • Buah Pelaga - 3 biji
    • Daun kari
    • Halia - 1/2 inci dimayang
    • Bawang merah - 3 ulas ( dimayang )
    • Bawang putih - 2 ulas ( dimayang )

    Cara-cara memasaknya ;

    1) Panaskan minyak dan tumis bahan tumis himgga naik aromanya...

    2) Masukkan rempah dan masak hingga pecah minyak...

    3) Masukkan kacang dal & daging bersama 3 cawan air dan biarkan dengan api sederhana hingga kacang dal & daging empuk...

    4) Masukkan ubi kentang dan carrot bersama santan dan biarkan sampai ubi dan carrot empuk...

    5) Masukkan kacang buncis , tomato , terung & pati santan bersama garam secukup rasa dan apabila semua sayuran sedikit layu..boleh la tutup api.


    LENGAT PISANG


    Nie la makanan favourite putera hatiku..UMAR...selain dari big block,bucu meja,bola dan macam-macam lagi la benda yang bukan aku kategorikan sebagai makanan tetapi Umar suka sangat gigit...kadang-kadang aku rasa Umar ni memang la nak masuk Guinness Book Of Record...Umar memang susah sangat makan,,macam-macam aku try buat untuk dia tetapi malangnya semuanya kena reject...Lengat Pisang ni je la experiment aku yang berjaya...nak buat pun tak leceh sangat...

    Bahan-Bahan;

    Pisang Paip - 10 biji ( pisang ni aku ambil free kat pokok Tok aku...boleh gak guna pisang emas @ awak.
    Tepung Beras - 11/2 cawan
    Gula - 5 sudu besar ( kalau nak manis lg boleh + atau sebaliknya )
    Santan - 1/2 kotak
    Secubit garam

    Cara membuatnya;

    Pisang dilenyek sampai hancur...past tu masukkan tepung,gula,garam,santan dan kacau sampai sebati.
    Panaskan periuk kukus dengan bekas lengat sekali...setelah air mendidih barulah masukkan adunan tersebut.
    Kukuskan selama 40-50 minit @ atau sampai masak ( try cucuk dgn garpu kalau tak
    melekat..dah masak la tu ).

    15 September 2008

    NASI GORENG PENGHABISAN STOK




    TELUR BUNGKUS


    20 August 2008

    MEE KUAH


    17 August 2008

    KEK BATIK


    13 August 2008

    CEKODOK PISANG




    12 August 2008

    MEE GORENG