Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh..........Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh

29 October 2008

SARDINE ROLL CRISPY

Sardine Roll

Sedap juga pekena sardine roll ni.. masa minum kopi waktu petang..

26 October 2008

NASI DAGING

Photobucket

Inilah dia menu utama yang aku sediakan untuk adik-adik & kakak-kakakku yang datang raya kat rumah last week selain dari nasi impit kuah kacang,bihun sup tulang,dalca,lemang,rendang daging,ayam masak merah,jelatah dan kuih-kuih raya....resepinya mudah je aku modified dari resipi Wa Jah...

Bahan-bahannya,

  • Beras ( 5 cawan teh )
  • Daging ( 1/2 kilo di potong besar )
  • Air rebusan daging ( 5 cawan teh )
  • Planta ( 2 sudu makan ) - untuk menumis
  • Bunga lawang ( 2 kuntum ) - untuk menumis
  • Bunga cengkih ( 3 kuntum ) - untuk menumis
  • Kulit kayu manis ( 1 batang ) - untuk menumis
  • Buah pelaga ( 3 biji ) - untuk menumis
  • Rempah kurma ( 5 sudu makan - 2 sudu masuk dlm rebusan daging & 3 sudu utk menumis )
  • Sup Bunjut ( 1 bungkus )
  • Susu Cair ( 1cawan teh
  • Tomato puree ( 1 sudu makan )
  • Daun Pandan ( 2 helai di simpul )
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya;

  • Rebus daging dengan 2 sudu rempah kurma & sup bunjut sampai empuk..jgn lupa letak garam.
  • Tumis bahan tumis sampai naik bau dgn daun pandan sekali, setelah itu masukkan tomato puree dan kacau sampai pecah minyak sikit ,masukkan air rebusan daging dgn daging sekali,susu cair,garam,gula secukup rasa dan biarkan sampai mendidih.
  • Bila rasa dah lulus ,masukkan pula beras yang telah dibersihkan dan di toskan. Kacau sebentar dan pindahkan ke periuk nasi elektrik. Biarkan sampai masak.

Setelah nasi masak boleh lah di hidangkan dgn air asam tomato ,sebelum tu ambil daging tadi dan hiris nipis-nipis,maka boleh lah kita menjamu selera...kalau nak best lagi makan dgn Dalca & jelatah timun..confirm terangkat..

21 October 2008

RENDANG DAGING

Photobucket

Rendang daging ni terhasil dek janji aku dgn bespren aku Asmidar nak jamu dia makan ketupat palas hasil air tangan aku tapi malangnya aku tak sempat buat dan jamu dia makan pada waktu yang di janjikan...apa-apapun malam tu aku tetap bertungkus lumus hasilkan nya supaya Asmidar tak kempunan dan pencicahnya inilah dia " Rendang Daging "...alhamdulilah berjaya juga aku buat dan dapat hantar kepada Asmidar untuk rasa ketupatku cicah dengan rendang daging ni..


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa

Bahan-Bahan di kisar

  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering

Bahan-Bahan di mayang

  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara membuatnya

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.

    Perhatian : Pastikan anda memasak dengan api perlahan

NASI IMPIT & KUAH KACANG

Photobucket


Inilah juadah kegemaranku di dalam bulan syawal..

14 October 2008

MURTABAK SEGERA

Photobucket

Semenjak berjaya mencuba resepi ini sejak kali pertama..sehingga kini aku sudah berpaling dari membeli murtabak di luar..(resepi dari minami133 ..arigato for the resepi ....memang mabeles)

Bahan-bahannya ( 6 keping )


  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur


Cara-caranya ;

  1. Mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. Apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. Pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

12 October 2008

LEPAT LIAT




Lepat liat, satu lagi kuih tradisional yang semakin dilupakan...dah tak ramai orang yang pandai buat dan tahu kuih ni sebab jarang ada di jual di pasar malam...aku suka sangat makan coz rasa dia ala-ala dodol..sedap sangat tapi yang Tok aku buat la...dikesempatan balik raya hari tu, aku sempat berguru dengan Tok...actually nak buat dia tak la susah mana dan tahan berhari-hari...akan ku simpan resepi ni untuk generasi akan datang supaya nama lepat liat tak lekang dek hujan dan tak lapuk dek panas...

KETUPAT DAUN PALAS

Photobucket



Hari ini dalam sejarah apabila untuk julung kalinya aku berjaya buat ketupat daun palas yang menjadi hidangan wajib di hari raya kat kampungku...dah berkali-kali aku belajar dari mak sebelum ni tapi tak pernah menjadi ( belajar separuh hati )...tapi kali ni aku berjaya buat ketupat palas..bukan sekilo dua beras tapi 3 kilo...mak macam tak percaya je...aku pun tak percaya juga yang aku dah lulus buat ketupat...Ini mungkin sebab aku begitu bersungguh-sungguh mencuba...bak kata pepatah " Usaha Tangga Kejayaan " Yes! aku berjaya...syok nya...tengok la hasik kerja tangan aku...