Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh..........Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh

27 August 2009

ROTI ARAB

Photobucket

Semalam menu berbuka roti arab lagi...very la superb resepi ni..many thanks to sofinar @ myresepi yang berkongsi resepi mabeles ni...mula2 aku ikut sukatan resepi asal..mak ai punya la banyak hasilnya... sampai 3 hari aku,hubby & Umar makan roti arab nie baru la abis adunanku..apapun still best coz aku pelbagai kan dgn pencicah yang berlainan setiap hari...antaranya kari ikan, sambal tumis ikan bilis & sambal sardin.So, untuk resepi ni aku cuma buat separuh je la....


Bahan-bahan:
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar gula
  • 150 ml air suam
  • 3 g yis
  • 250g tpg gandum



Cara-caranya:
  1. Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
  2. Tepung di gaul dengan yis
  3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
  4. Perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
  5. Uli semula dan buat bulat2 dan canai nipis.
  6. Panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.

SAMBAL SARDIN

Photobucket

Ni la dia sambal sardin yang di makan bersama roti arab...

ULAM-ULAMAN

Photobucket

MEE GORENG

Photobucket


Mee Goreng sempoi je utk breakfast...sedap dimakan & cepat dimasak...

Bahan-bahan:


  • 1 bungkus mee kuning - dibasuh & ditoskan

  • 3 keping fish cake - dihiris keping2 (boleh juga masukan udang, ayam/daging)

  • sayur ( sawi & kobis ikut suka berapa banyak )

  • 1 biji tomato - potong 8

  • 2- 3 biji cili padi - ditumbuk lumat

  • 2 ulas bawang putih - dicincang

  • 3 sd makan sos cili

  • 3 sd maknan sos tiram

  • 3 sd makan kicap manis

  • 2 sd makan minyak masak

  • 1/4 cawan air


Cara-caranya:



  1. Panaskan minyak - tumis bawang putih yg dicincang hingga kekuningan , masukkan cili padi & air ,masak hingga mendidih.

  2. Masukkan sos cili,sos tiram & kicap manis & fish cake yg telah dihiris.

  3. Masukkan garam & gula sesedap rasa & biar mendidih 1x lagi.

  4. Masukkan mee , tomato dan sayur yg telah dipotong dan kacau hingga mee sebati bersama bahan tumis .

  5. Siap dimasak - boleh dihias dgn hirisan tomato,timun,cili merah & bawang goreng





23 August 2009

APAM PISANG

Photobucket


Bahan-bahan

  • Pisang masak secukupnya
  • Gula-1cawan/200g
  • Minyak Masak - 1 Cawan/100ml
  • Telur - 2 Biji
  • Tepung Gandum - 2 Gelas/200g-220g
  • Soda Bikarbonat - 1 Sudu Makan


Cara-cara

  1. Kupas pisang dan masukkan sehingga paras atas pemegang blender.
  2. Kemudian masukkan gula,minyak masak dan telur. Kisar sehingga halus. Apabila sudah halus tuangkan adunan ke dalam bekas yang agak besar.
  3. Ayakkan tepung gandum bersama soda bikarbonat terus ke dalam adunan dan gaul sebati menggunakan senduk.
  4. Adunan bolehlah dikukus dalam bekas lompang yg kecil2 untuk menjadikannya apam pisang.
  5. Ketika mengukus,pastikan guna api yg besar dan lapikkan tuala bersih menutupi penutup pengukus.Kukus selama 15 minit-25 minit.


    22 August 2009

    MARHABAN YA RAMADHAN

    Photobucket

    Selamat menunaikan ibadah Ramadhan kepada semua pengunjung sajiankaseh. Mohon maaf atas kesepian kerana kesibukan. Insya Allah saya akan kembali share resepi after this...