Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh..........Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh

27 February 2009

UDANG TIGA RASA

Photobucket


Hari ni kepala rasa ding dong n tin tong pin pong la plak...tapi tekak terasa nak makan udang sambal...hai la nak kena blander cili..ish malas nya..apa nak buat ni..mai aku g cari idea..yes! aku nampak udang masak 3 rasa yg sungguh mengancam kat umah Cik Mat Gebu..resepi pun nampak mudah & semua bahan cam ada..mai kita cuba....

BAHAN-BAHANNYA ( seperti dlm resepi Mat )

  • 15 - 20 udang sederhana besar
  • 1/2 biji capsicum merah, potong berbaji ( aku ganti dgn cili merah )
  • 1/2 biji capsicum hijau, potong berbaji
  • 1/2 biji capsicum kuning, potong berbaji ( aku x letak - idok ado )
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 camca besar cili kisar ( aku guna cili boh je )
  • 1/2 cawan cili sos
  • 1 camca besar sos tiram*
  • 2 camca besar sos tomato*
  • 1 camca besar kicap cair*
  • Garam dan gula (jika perlu)
  • 1/3 cawan air

CARA MEMBUATNYA :

  1. Udang dibersihkan, cuci, tos dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga udang bertukar kemerahan, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3 camca besar minyak.
  2. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili kisar hingga harum, masukkan semua jenis sos (*) dan gaul rata. Masukkan capsicum merah, kuning dan hijau serta air. Gaul rata.
  3. Masukkan udang, kacau hingga semua rata dan tambah garam dan sedikit gula jika perlu. Masak untuk 1 - 2 minit hingga pekat. Angkat dan hidangkan....

*** Dah siap..sedapnya resepi Mat ni..terasa masam,manis & pedas2 sikit..arigato for the simple resepi but very the enak...

No comments: