Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh..........Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh

24 February 2009

CHEESE CAKE

Photobucket

Sudah sekian lama teringin nak makan cheese cake buatan sendiri ,cuma ketakcukupan bahan membuatkan hajat dihati terus terbantut.Anyway,hari ni tercapai jua hajat dihatiku nak makan cheese cake air tangan En. Hubby.Wah!!!! sedap tul air tangan Mr. Newton ni ( bukan nak puji tapi memang betoi )... jap je dah licin..sedap hingga menjilat jari..terorr juga hubby aku bikin ini cheese cake...masih terasa keenakkan dan kegebuannya kat tekak aku ni...resepi dari myresepi yang dia suai-ubah ini memang tak menghampakan...

Bahan-bahan A

  • 250g cream cheese
  • 200ml fresh cream
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Lapisan bawah

  • 100g biskut marie/ graham cracker
  • 50g butter(cairkan)


Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk dengan kayu pencanai sehingga hancur. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi berketul
  3. Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi.
  4. Masukkan semua bahan-bahan A ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  5. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  6. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  7. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

No comments: