Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh..........Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh

27 August 2009

ROTI ARAB

Photobucket

Semalam menu berbuka roti arab lagi...very la superb resepi ni..many thanks to sofinar @ myresepi yang berkongsi resepi mabeles ni...mula2 aku ikut sukatan resepi asal..mak ai punya la banyak hasilnya... sampai 3 hari aku,hubby & Umar makan roti arab nie baru la abis adunanku..apapun still best coz aku pelbagai kan dgn pencicah yang berlainan setiap hari...antaranya kari ikan, sambal tumis ikan bilis & sambal sardin.So, untuk resepi ni aku cuma buat separuh je la....


Bahan-bahan:
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar gula
  • 150 ml air suam
  • 3 g yis
  • 250g tpg gandum



Cara-caranya:
  1. Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
  2. Tepung di gaul dengan yis
  3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
  4. Perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
  5. Uli semula dan buat bulat2 dan canai nipis.
  6. Panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.

No comments: