Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh..........Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh

27 August 2009

MEE GORENG

Photobucket


Mee Goreng sempoi je utk breakfast...sedap dimakan & cepat dimasak...

Bahan-bahan:


  • 1 bungkus mee kuning - dibasuh & ditoskan

  • 3 keping fish cake - dihiris keping2 (boleh juga masukan udang, ayam/daging)

  • sayur ( sawi & kobis ikut suka berapa banyak )

  • 1 biji tomato - potong 8

  • 2- 3 biji cili padi - ditumbuk lumat

  • 2 ulas bawang putih - dicincang

  • 3 sd makan sos cili

  • 3 sd maknan sos tiram

  • 3 sd makan kicap manis

  • 2 sd makan minyak masak

  • 1/4 cawan air


Cara-caranya:



  1. Panaskan minyak - tumis bawang putih yg dicincang hingga kekuningan , masukkan cili padi & air ,masak hingga mendidih.

  2. Masukkan sos cili,sos tiram & kicap manis & fish cake yg telah dihiris.

  3. Masukkan garam & gula sesedap rasa & biar mendidih 1x lagi.

  4. Masukkan mee , tomato dan sayur yg telah dipotong dan kacau hingga mee sebati bersama bahan tumis .

  5. Siap dimasak - boleh dihias dgn hirisan tomato,timun,cili merah & bawang goreng





No comments: