Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh..........Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh

04 March 2009

PUDING PELANGI




Nie resepi kegemaran keluargaku...dah banyak kali buat tp memanjang tak sempat nak snap gambar...agar-agar pelangi yang resepinya aku ambil dari myresepi & memang best tak hingat resepi ni...sekejap je licin di kerjakan Umar dan ayahnya....memang dahsyat penangan puding pelangi ni.

Bahan-bahan

  • 10g serbuk agar2
  • 650ml air
  • 180gm gula pasir
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning


  • Cara-cara



  • Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan

  • Pukul telur.. kemudian masukkan susu & tepung custard setelah itu kacau hingga rata, kemudian ditapis

  • Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau rata, kemudian masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla.

  • Bahagikan adunan kpd 3 bahagian.Kemudian bubuh koko ke dalam salah satu adunan, 2 adunan lagi masing2 letak kaler kuning dan merah.

  • Sengetkan loyang sedikit, tuang adunan berselang-seli untuk dapatkan corak.

  • Sejukkan di dalam peti ais dan sedia untuk dimakan.













  • 1 comment:

    Kak Noor said...

    Blogwalking search for puding pelangi. Akhirnya kutemuinya di sini. Malam ini Kak Noor nak cuba buat puding pelangi ni. Tapi Kak Noor guna agar-agar stripe. Agak-agak ajelah. Kombinasi warna yang menarik dan pastal. Mohon share resepi ini dalam blog Kak Noor ye! Insya Allah esok Kak Noor poskan. Jengok-jengoklah dapur Kak Noor nanti ye!