Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh..........Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh

16 February 2009

GULAI KETAM & NENAS

Photobucket



Hii.. I'm back dari pertapaan...dah lama dapur aku tak cuba something new...
So resepinya adalah gulai ketam dgn nenas...resepi yang menjadi percubaan berani mati aku coz sepanjang hidup aku ni la kali pertama aku beli dan masak ketam...sebelum ni kalau rasa nak makan aku beli je yang dah siap masak atau bila balik kampung suruh mak je yang masak.Tah kenapa sebelum ni aku rasa leceh benar kalau nak masak ketam..tapi aku salah rupanya..senang je nak bersihkan ketam ni....

Kat bawah nie bahan-bahan yang diperlukan tapi sukatan sikit lupa la..main campak je..hasil dia not bad..delicious...mari makan ramei-ramei..yok!

Bahan-bahannya,


  • Ketam - 6 ekor ( saiz sederhana )
  • Nenas - 1/2 biji ( dikupas kulit & dipotong )
  • Santan - 1/2 kotak kecil
  • Serbuk kari ikan - 1 bungkus
  • Minyak - 3 sudu makan
  • Bawang kecil - 2 ulas ( di mayang )
  • Bawang putih - 1 ulas ( di mayang )
  • Air secukupnya
  • Garam ( secukup rasa )

Cara - caranya :

  1. Tumiskankan bawang kecil & putih hingga kekuningan
  2. Masukkan rempah kari yang telah di bancuh dengan air, biar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan air secukupnya , biarkan mendidih
  4. Masukkan ketam dan nenas serta garam secukup rasa.
  5. Biarkan mendidih sekali lagi dan siap untuk dihidangkan.

No comments: