Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh..........Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh

17 August 2011

SERUNDING IKAN - FISH FLOSS



Hari ini saya berjaya buat my favorite serunding ikan.. resepi mak ...

Bahan -bahan:
  • Ikan Kembung - 1 kilo
  • Santan - dari 1 biji kelapa
  • Gula & Garam secukup rasa


  • Bahan di kisar

  • Cili Kering - 10 biji
  • Serai - 6 batang
  • Halia - 1 inci
  • Bawang Merah - 6 ulas

    Caranya:

  • Siang ikan kembung dan rebus sampai masak.
  • Kemudian perisi (asing kan isi dan tulang) ikan kembung yang telah di rebus tadi. (kalau my mom dia akan buang kulit / kikis kulit yg berkilat sekali)
  • Masukan isi ikan ke dalam kuali bersama bahan2 yang telah dikisar tadi dan tidak lupa santan juga. Kacaulah sampai kering.
  • Agak2 nak kering boleh lah tabur garam & gula..then kacau sampai kering..dah siap.

    Seunding ni boleh di buat isi popia kecik dan lebih enak lagi dimakan bersama ketupat palas / pulut.







  • 13 November 2010

    IKAN MERAH MASAK SOS PEDAS

    Photobucket

    Dah lama rumah nie aku biarkan sepi..tiba2 hari nie mcm ada mood nak share resepi simple yg menjadi kegemaran my hubby...layan...


    Bahan-bahan:
    • 3 keping isi ikan merah digaul dgn garam & kunyit ( goreng agak2 garing ) -ketepikan

    Bahan Sos :

    • Cili kering yg dikisar - 5 sudu makan
    • Bawang putih - 2 ulas (cincang)
    • Bawang besar - 1 labu (dihiris kasar)
    • Sos Cili - 2 sudu makan
    • Sos Tiram - 1 sudu makan
    • Tomato - 1 biji
    • Garam & Gula secukup rasa

    Cara-cara;

    1) Gorengkan ikan yg digaul dgn garam & kunyit - ketepikan

    2) Untuk Sos pula, tumiskan bwang putih & bawang besar hingga layu

    3) Masukkan cili kisar & masak sampai pecah minyak, kemudian masukkan cili sos, sos tiram & garam serta gula sesedap rasa.

    4) Akhir sekali masukkan tomato yg dibelah 6 bersama ikan yang di goreng tadi, biarkan beberapa minit.. dan siap untuk dihidangkan...




    18 October 2009

    BIHUN GORENG

    Photobucket

    Bahan-Bahan:
    600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
    200 gm isi ayam [hiris nipis]
    200 gm sawi [potong pendek]
    250 gm kobis [racikkan]
    3 s/b minyak
    sedikit kicap masin
    air

    Bahan mesin
    6 biji cili merah
    2 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih

    Cara-caranya

    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehinggan wangi.
    2. Masukan isi ayam dan kacau rata.
    3. Bila nampak masak masukkan kicap masin dan air. Kacau rata.
    4. Masukkan bihun dan kacau rata
    5. Bila nampak bihun lembut masukkan kobis ..dan sawi.
    6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut.
    7. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.

    27 August 2009

    ROTI ARAB

    Photobucket

    Semalam menu berbuka roti arab lagi...very la superb resepi ni..many thanks to sofinar @ myresepi yang berkongsi resepi mabeles ni...mula2 aku ikut sukatan resepi asal..mak ai punya la banyak hasilnya... sampai 3 hari aku,hubby & Umar makan roti arab nie baru la abis adunanku..apapun still best coz aku pelbagai kan dgn pencicah yang berlainan setiap hari...antaranya kari ikan, sambal tumis ikan bilis & sambal sardin.So, untuk resepi ni aku cuma buat separuh je la....


    Bahan-bahan:
    • 1 sudu besar mentega
    • 1 sudu besar minyak masak
    • 1 sudu besar gula
    • 150 ml air suam
    • 3 g yis
    • 250g tpg gandum



    Cara-caranya:
    1. Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
    2. Tepung di gaul dengan yis
    3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
    4. Perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
    5. Uli semula dan buat bulat2 dan canai nipis.
    6. Panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.

    SAMBAL SARDIN

    Photobucket

    Ni la dia sambal sardin yang di makan bersama roti arab...

    ULAM-ULAMAN

    Photobucket

    MEE GORENG

    Photobucket


    Mee Goreng sempoi je utk breakfast...sedap dimakan & cepat dimasak...

    Bahan-bahan:


    • 1 bungkus mee kuning - dibasuh & ditoskan

    • 3 keping fish cake - dihiris keping2 (boleh juga masukan udang, ayam/daging)

    • sayur ( sawi & kobis ikut suka berapa banyak )

    • 1 biji tomato - potong 8

    • 2- 3 biji cili padi - ditumbuk lumat

    • 2 ulas bawang putih - dicincang

    • 3 sd makan sos cili

    • 3 sd maknan sos tiram

    • 3 sd makan kicap manis

    • 2 sd makan minyak masak

    • 1/4 cawan air


    Cara-caranya:



    1. Panaskan minyak - tumis bawang putih yg dicincang hingga kekuningan , masukkan cili padi & air ,masak hingga mendidih.

    2. Masukkan sos cili,sos tiram & kicap manis & fish cake yg telah dihiris.

    3. Masukkan garam & gula sesedap rasa & biar mendidih 1x lagi.

    4. Masukkan mee , tomato dan sayur yg telah dipotong dan kacau hingga mee sebati bersama bahan tumis .

    5. Siap dimasak - boleh dihias dgn hirisan tomato,timun,cili merah & bawang goreng





    23 August 2009

    APAM PISANG

    Photobucket


    Bahan-bahan

    • Pisang masak secukupnya
    • Gula-1cawan/200g
    • Minyak Masak - 1 Cawan/100ml
    • Telur - 2 Biji
    • Tepung Gandum - 2 Gelas/200g-220g
    • Soda Bikarbonat - 1 Sudu Makan


    Cara-cara

    1. Kupas pisang dan masukkan sehingga paras atas pemegang blender.
    2. Kemudian masukkan gula,minyak masak dan telur. Kisar sehingga halus. Apabila sudah halus tuangkan adunan ke dalam bekas yang agak besar.
    3. Ayakkan tepung gandum bersama soda bikarbonat terus ke dalam adunan dan gaul sebati menggunakan senduk.
    4. Adunan bolehlah dikukus dalam bekas lompang yg kecil2 untuk menjadikannya apam pisang.
    5. Ketika mengukus,pastikan guna api yg besar dan lapikkan tuala bersih menutupi penutup pengukus.Kukus selama 15 minit-25 minit.


      22 August 2009

      MARHABAN YA RAMADHAN

      Photobucket

      Selamat menunaikan ibadah Ramadhan kepada semua pengunjung sajiankaseh. Mohon maaf atas kesepian kerana kesibukan. Insya Allah saya akan kembali share resepi after this...

      04 March 2009

      PUDING PELANGI




      Nie resepi kegemaran keluargaku...dah banyak kali buat tp memanjang tak sempat nak snap gambar...agar-agar pelangi yang resepinya aku ambil dari myresepi & memang best tak hingat resepi ni...sekejap je licin di kerjakan Umar dan ayahnya....memang dahsyat penangan puding pelangi ni.

      Bahan-bahan

    1. 10g serbuk agar2
    2. 650ml air
    3. 180gm gula pasir
    4. 60gm mentega
    5. 1 biji telur
    6. ½ tin susu cair
    7. 1 sudu makan tepung custard
    8. 1 sudu makan serbuk koko
    9. 1/2 sudu teh vanilla
    10. pewarna merah dan kuning


    11. Cara-cara



    12. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan

    13. Pukul telur.. kemudian masukkan susu & tepung custard setelah itu kacau hingga rata, kemudian ditapis

    14. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau rata, kemudian masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla.

    15. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian.Kemudian bubuh koko ke dalam salah satu adunan, 2 adunan lagi masing2 letak kaler kuning dan merah.

    16. Sengetkan loyang sedikit, tuang adunan berselang-seli untuk dapatkan corak.

    17. Sejukkan di dalam peti ais dan sedia untuk dimakan.













    18. IKAN MASAK SOS

      Photobucket

      Hari ni aku bikin ikan masak sos yang ada rasa pedas2 sikit utk lunch...dilengkapkan lagi dgn telur dadar dan sup sayur...past tu makan pula dgn nasi panas... mmm..sedap.

      Bahan-bahan;
      • 4 ekor ikan kembung
      • garam & kunyit
      • Minyak secukupnya untuk goreng ikan

      Bahan Sos

      • 5 sb cili boh
      • 2 sb sos cili
      • 2 sb sos tomato
      • 2 sb sos tiram
      • 1 labu bawang besar di potong bulat
      • 3 biji cili padi - di belah 2
      • 2 ulas bawang putih di cincang
      • 1 helai daun limau perut
      • 1 biji tomato - dibelah 6
      • garam & gula secukup rasa
      • sedikit air



      Cara-caranya:

      1. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
      2. Keluarkan minyak dan tinggalkan 3 s/b minyak untuk tumis bahan sos.
      3. Tumis bawang putih hingga kekuningan.Selepas itu masukkan cili boh,sos cili,sos tomato,sos tiram & sedikit air ,masak hingga wangi.
      4. Masukkan garam & gula secukup rasa.
      5. Masukkan tomato, bawang besar, cili padi & daun limau perut .
      6. Kacau rata sehingga mendidih dan tutup api.
      7. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.