Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh..........Selamat Datang Ke Sajian Kaseh......@......Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Sajian Kaseh

04 March 2009

PUDING PELANGI




Nie resepi kegemaran keluargaku...dah banyak kali buat tp memanjang tak sempat nak snap gambar...agar-agar pelangi yang resepinya aku ambil dari myresepi & memang best tak hingat resepi ni...sekejap je licin di kerjakan Umar dan ayahnya....memang dahsyat penangan puding pelangi ni.

Bahan-bahan

  • 10g serbuk agar2
  • 650ml air
  • 180gm gula pasir
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning


  • Cara-cara



  • Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan

  • Pukul telur.. kemudian masukkan susu & tepung custard setelah itu kacau hingga rata, kemudian ditapis

  • Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau rata, kemudian masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla.

  • Bahagikan adunan kpd 3 bahagian.Kemudian bubuh koko ke dalam salah satu adunan, 2 adunan lagi masing2 letak kaler kuning dan merah.

  • Sengetkan loyang sedikit, tuang adunan berselang-seli untuk dapatkan corak.

  • Sejukkan di dalam peti ais dan sedia untuk dimakan.













  • IKAN MASAK SOS

    Photobucket

    Hari ni aku bikin ikan masak sos yang ada rasa pedas2 sikit utk lunch...dilengkapkan lagi dgn telur dadar dan sup sayur...past tu makan pula dgn nasi panas... mmm..sedap.

    Bahan-bahan;
    • 4 ekor ikan kembung
    • garam & kunyit
    • Minyak secukupnya untuk goreng ikan

    Bahan Sos

    • 5 sb cili boh
    • 2 sb sos cili
    • 2 sb sos tomato
    • 2 sb sos tiram
    • 1 labu bawang besar di potong bulat
    • 3 biji cili padi - di belah 2
    • 2 ulas bawang putih di cincang
    • 1 helai daun limau perut
    • 1 biji tomato - dibelah 6
    • garam & gula secukup rasa
    • sedikit air



    Cara-caranya:

    1. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
    2. Keluarkan minyak dan tinggalkan 3 s/b minyak untuk tumis bahan sos.
    3. Tumis bawang putih hingga kekuningan.Selepas itu masukkan cili boh,sos cili,sos tomato,sos tiram & sedikit air ,masak hingga wangi.
    4. Masukkan garam & gula secukup rasa.
    5. Masukkan tomato, bawang besar, cili padi & daun limau perut .
    6. Kacau rata sehingga mendidih dan tutup api.
    7. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.